Nutrisi Khusus Diabetes
Makanan untuk diet diabetes boleh merangkumi pengganti makanan dalam bentuk suplemen nutrisi oral (oral nutritional supplement, ONS) untuk tujuan pengurusan berat badan dan kawalan glukosa darah selepas makan. Penggunaan ONS telah dipraktikkan secara meluas dalam terapi nutrisi perubatan. Kebelakangan ini, kajian klinikal yang membandingkan ONS standard dengan ONS khusus diabetes (diabetes-specific ONS, DS-ONS) telah mengesahkan DS-ONS lebih berkesan untuk pesakit diabetes jenis 2 (Type 2 diabetes, T2D). Sains di sebalik makanan khusus diabetes ini berdasarkan keseimbangan makronutrien yang dirumus untuk memenuhi keperluan pesakit diabetes. Secara khususnya, formulasi DS-ONS dibangunkan dengan lebih protein, kurang karbohidrat, dan lebih serat. Artikel ini membentangkan rumusan kajian-kajian klinikal yang menunjukkan penemuan berasaskan bukti DS-ONS pada pesakit diabetes.1-4
Kajian Klinikal Menyokong Makanan Khusus Diabetes
Sains terus membuktikan keberkesanan makanan khusus diabetes, seperti DS-ONS, dalam mengawal glisemia pada pesakit T2D. DS-ONS telah menunjukkan keberkesanan yang lebih tinggi berbanding ONS standard dan makanan biasa. Bagaimana DS-ONS dapat membantu pesakit T2D? DS-ONS menurunkan paras glukosa selepas makan dengan lebih baik, meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan memperbaiki status metabolik dalam jangka masa panjang. Berikut ialah ulasan penemuan kajian klinikal utama mengenai DS-ONS.1-4
1- Kajian Klosterbuer A, et al.
Kajian ini merupakan kajian pindah silang terawak yang melibatkan 12 orang peserta. Matlamat kajian ini adalah untuk membandingkan DS-ONS (BOOST Glucose Control) dengan ONS standard.1 Demografi peserta dan komposisi nutrien dalam kedua-dua formula produk yang digunakan dalam kajian ini ditunjukkan dalam rajah 1 dan 2:

| Komposisi Nutrien (Setiap Hidangan) | DS-ONS | ONS Standard (Kawalan) |
|---|---|---|
| Protein g (% Jumlah Tenaga) | 16g (33% Jumlah Tenaga) | 7.9g (17% Jumlah Tenaga) |
| Lemak | 7g (33% Jumlah Tenaga) | 3.2g (15% Jumlah Tenaga) |
| Karbohidrat | 16g (34% Jumlah Tenaga) | 32g (68% Jumlah Tenaga) |
| Serat | 3g | 0g |
RAJAH 2 KOMPOSISI NUTRIEN KEDUA-DUA FORMULA YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN KLOSTERBUER
(TE=Total Energy, Jumlah Tenaga)
Penemuan Utama Kajian Klosterbuer et al.:
DS-ONS mengurangkan bahagian di bawah lengkung (area under the curve, AUC) glukosa dan glukosa puncak (Cmax) dengan ketara berbanding ONS standard (p <0.01).

RAJAH 3 MENUNJUKKAN MIN AUC DAN CMAX GLUKOSA DARAH ADALAH JAUH LEBIH RENDAH UNTUK DS-ONS BERBANDING KAWALAN (P<0.01). Nota: Kajian asal turut melibatkan perbandingan berasingan dua jenis formulasi DS-ONS berbanding kawalan. Memandangkan salah satu formulasi itu tidak lagi tersedia secara komersial, ringkasan ini hanya menerangkan tentang DS-ONS sedia ada
Walaupun Cmax insulin lebih rendah untuk DS-ONS, AUC insulin keseluruhan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.
Secara ringkasnya, kajian Klosterbuer A, et al. mengesahkan bahawa DS-ONS dapat membantu mengurangkan lonjakan gula darah dan memperbaiki kawalan glisemik pada pesakit T2DM, dengan itu menyokong penggunaannya dalam amalan penjagaan klinikal.1
2 - Kajian Huhmann MB, et al.
Dalam kajian ini, Huhmann et al. mengkaji peranan ONS khusus diabetes (BOOST Glucose Control) berbanding ONS standard (BOOST Original) dalam satu kajian pindah silang terawak:
Demografi Kajian peserta dalam kajian Huhmann MB et al. ini ditunjukkan dalam jadual berikut:
| Demografi Peserta | Min ± SD |
|---|---|
| Umur | 59.5 ± 9.6 tahun |
| BMI | 31 ± 5 kg/m² |
| Jantina | 7 lelaki (58%), 5 perempuan (42%) |
| Fasa permulaan HbA1c | <9.0% |
| Fasa permulaan FPG | <180 mg/dL |
| Komorbiditi | Hipertensi (58%), Hiperlipidemia (50%), Penyakit Hati Berlemak (17%) |
| Penggunaan Ubat | Metformin (83%), Ubat antihiperlipidemia (50%), Ubat tekanan darah tinggi (58%) |
RAJAH 4 DEMOGRAFI PESERTA DALAM KAJIAN HUHMANN MB ET AL.

Penemuan Utama Kajian Huhmann et al.:
DS-ONS menurunkan AUC glukosa dengan ketara berbanding ONS standard.
Min AUC glukosa adalah jauh lebih rendah dalam kumpulan DS-ONS berbanding ONS standard (p<0.0001).

RAJAH 6 MENUNJUKKAN MIN PERUBAHAN GLUKOSA DARI FASA PERMULAAN MENGIKUT PRODUK RAWATAN (ONS STANDARD DAN ONS KHUSUS DIABETES). Bagi insulin pula, analisis sensitiviti menunjukkan AUC insulin jauh lebih rendah untuk DS-ONS selepas satu faktor luaran dikeluarkan.
Tiada perbezaan ketara yang diperhatikan untuk min AUC insulin (p=0.068). Analisis sensitiviti ukuran min AUC insulin dilakukan untuk mengenal pasti sebarang potensi faktor luaran. Satu faktor luaran dikenal pasti, yang diperhati mempunyai nilai AUC insulin melebihi dua kali ganda berbanding nilai tertinggi yang seterusnya. Oleh itu, nilai ini telah dikeluarkan daripada analisis, justeru menghasilkan perbezaan yang ketara antara kumpulan-kumpulan terbabit (p=0.012).

RAJAH 7 MIN PERUBAHAN INSULIN DARI FASA PERMULAAN MENGIKUT PRODUK RAWATAN
(ONS STANDARD BERBANDING ONS KHUSUS DIABETES)
Kesimpulannya, penemuan kajian Huhmann MB, et al. mengukuhkan lagi penggunaan DS-ONS untuk menstabilkan paras glukosa selepas makan dan mengurangkan kebolehubahan glisemik pada pesakit T2D.
3- Kajian Gulati et al.
Dalam kajian ini, Gulati et al. membandingkan DS-ONS (NUTREN Diabetes) dengan hidangan isokalori iaitu emping jagung dan susu dalam satu kajian pindah silang terawak.3
Demografi
Kajian ini mendaftarkan sejumlah 40 orang pesakit T2DM yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Ciri-ciri fasa permulaan, seperti berat badan dan paras HbA1c, adalah serupa untuk kedua-dua kumpulan.

| KOMPOSISI MAKRONUTRIEN NUTREN DIABETES | % DARIPADA JUMLAH KEPERLUAN TENAGA (TOTAL ENERGY INTAKE, TEI) |
|---|---|
| Protein | 15% |
| - PROTEIN DADIH SUSU | 50% |
| - PROTEIN KASEIN | 50% |
| KARBOHIDRAT | 45% |
| JUMLAH LEMAK | 40% |
| SERAT | 15.3g setiap 1000 kcal |
| INDEKS GLISEMIK(GI) | 22 (di bawah ≤55 yang disyorkan untuk diabetes) |
RAJAH 9 KOMPOSISI NUTRIEN DS-ONS YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN GULATI ET AL.
Penemuan Utama Kajian Gulati et al.
Formulasi ini menurunkan paras glukosa selepas makan dengan ketara pada 30, 60, 120 dan 180 minit.3
Rajah 10 menunjukkan AUC glukosa darah selepas makan pada 30 minit, 60 minit, 120 minit dan 180 minit adalah jauh lebih rendah untuk Kumpulan A berbanding Kumpulan B (nilai p masing-masing ialah 0.003, 0.0001, 0.0001 dan 0.0001).

RAJAH 10 BAHAGIAN DI BAWAH LENGKUNG (AUC) UNTUK GLUKOSA DARAH DALAM KUMPULAN A DAN KUMPULAN B Bagi insulin pula, paras insulin serum jauh lebih rendah pada 120 dan 180 minit3.
Rajah 11 menunjukkan AUC insulin serum adalah jauh lebih rendah untuk Kumpulan A selepas makan pada 120 minit dan 180 minit (nilai p pada 30 minit = 0.2111, pada 60 minit = 0.1087, pada 120 minit = 0.0002 dan pada 180 minit = 0.0007). Min paras insulin serum untuk kedua-dua kumpulan ditunjukkan dalam rajah di bawah.

RAJAH 11 BAHAGIAN DI BAWAH LENGKUNG (AUC) UNTUK INSULIN SERUM DALAM KUMPULAN A DAN KUMPULAN B
Kesimpulannya, penemuan kajian Gulati et al. mengukuhkan peranan DS-ONS dalam membantu mencapai kawalan glisemik yang lebih baik sebagai kaedah yang berkesan untuk mengawal hiperglisemia selepas makan, justeru menyokong penggunaannya dalam terapi nutrisi perubatan.
4-Kajian Phanachet et al.: “Keberkesanan dan Keselamatan NUTREN Diabetes: Kajian Terawak pada Pesakit Diabetes Melitus Jenis 2”4
Ini adalah kajian pindah silang terawak, label terbuka, yang dijalankan di Hospital Ramathibodi, Universiti Mahidol, Thailand. Tiga puluh orang pesakit T2D telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Mereka menerima sama ada DS-ONS NUTREN Diabetes (Kumpulan A) atau diet isokalori standard (Kumpulan B) dalam fasa pertama. Selepas tempoh pengosongan selama seminggu, kedua-dua kumpulan ini bertukar intervensi.4

Komposisi hidangan ujian dan formula khusus diabetes (diabetes-specific formula, DSF) dalam kajian Phanachet et al.4

Penemuan Utama Kajian Phanachet et al.
1- Paras hiperglisemia selepas makan (postprandial hyperglycemia, PPH) dalam kumpulan DS-ONS (NUTREN Diabetes) adalah jauh lebih rendah berbanding kumpulan diet isokalori pada 120 minit (161.4 ± 37.9 mg/dL berbanding 197.7 ± 56.8 mg/dL; P=0.005)4
Bahagian di bawah lengkung (incremental area under the curve, iAUC) untuk glukosa juga jauh lebih rendah untuk DS-ONS (NUTREN Diabetes) berbanding diet isokalori standard (4,859.5 berbanding 6,551.7; P=0.007)4

Bagi insulin pula, paras insulin selepas makan adalah lebih rendah pada 60 dan 120 minit dalam kumpulan DS-ONS (NUTREN Diabetes), bagaimanapun perbezaannya tidak ketara secara statistik.

RAJAH 15 MENUNJUKKAN GRAF INSULIN 2 JAM SELEPAS MAKAN UNTUK DSF DAN DIET ISOKALORI DALAM KAJIAN PHANACHET ET AL.
Makanan Diet Diabetes: Kesimpulan
Semua penemuan kajian klinikal utama ini mengesahkan DS-ONS sebagai terapi nutrisi perubatan berasaskan bukti untuk penjagaan pesakit T2D. Dengan menurunkan paras glukosa selepas makan, mengurangkan kebolehubahan glisemik dan mengekalkan kesihatan metabolik, DS-ONS memberikan penyelesaian nutrisi yang praktikal untuk pesakit T2D. Tidak seperti ONS standard, DS-ONS mengandungi karbohidrat kompleks dengan indeks glisemik yang lebih rendah, kandungan protein yang lebih tinggi dan lebih banyak mikronutrien bagi memenuhi keperluan pesakit diabetes.1-4
Ketahui lebih lanjut tentang
Intervensi Gaya Hidup Menyeluruh dalam Obesiti dan Diabetes.
Rujukan:
- Klosterbuer A, et al. JPEN J Parenter Enteral Nutr. 2021;45(Suppl 1):S194–5.
- Huhmann MB, et al. Diabetes Res Clin Pract. 2016;115(Suppl):35–41.
- Gulati S, et al. Diabetes Metab Syndr. 2015;9(3):192–7.
- Phanachet P, et al. J Nutr Thailand. 2021;56(1):1–10.
Artikel ini membentangkan sains di sebalik makanan khusus diabetes. Suplemen nutrisi oral khusus diabetes, yang mengandungi komposisi makronutrien yang dirumus khas, terbukti berkesan dalam mengawal glisemik. Beberapa ringkasan poster dan penerbitan kajian klinikal utama yang membandingkan DS-ONS dengan ONS standard pada pesakit diabetes jenis 2 juga dibentangkan. Hasil berasaskan bukti menyokong penggunaan DS-ONS dalam penjagaan nutrisi perubatan untuk pesakit diabetes. Baca lebih lanjut di sini.